Perihal penggunaan nama-nama tempat di Itali (Sicily lwn Sicilia dsb) Perbincangan_pengguna:SNN95

Sahaja mahu bertanya: bukankan sudah lazim di sini tatacara memakai nama tempat di negara Itali dalam bahasa Itali? Ia hanya berdasarkan pemerhatian sayalah - saya sendiri pernah mencari entri "Tuscany" sahaja sudah terbawa ke nama Italinya, "Toscana", "Naples" dibawa ke "Napoli", dan begitulah seterusnya. Jadi wajarlah kita mengubah semua nama tempat di Itali yang jelas keInggerisan (saya personally tidak setuju alasan "rasmi dipakai DBP" dalam sesetengah contoh penggunaan nama pinjaman terus bahasa Inggeris kerana 1. ia menganggap pembaca arif terus hal geografi tempat bukan berbahasa Inggeris, 2. ia seolah-olah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peka mengenai kepelbagaian bahasa dan budaya dunia serta terlalu Anglo-sentrik - saya mahu hubungi mereka pasal hal ini jika boleh) kepada nama setempat megikut tatacara lazim sini bagi mencerminkan ia sebagai lokasi dalam Itali, bukan?

Lagipun, semestinya ada orang mahu membaca topik mengenai Itali akan menjangka semua latar tempat dan masa tepat dan sebahasa - sudah pasti ada orang membaca topik berkaitan Jerman, Perancis atau Sepanyol merasa janggal menjadi jelek melihat perkataan bahasa Inggeris di dalamnya, kerana tidak kena pada tempat. (Kalau ada yang tidak berapa fahampun, kata padanan dalam bahasa Inggeris serta penerangan maksudnya dalam bahasa Melayu mesti ada disertakan untuk memudahkan pemahaman dan pencarian bacaan lanjut.)

P.S: Pada susur sejarah perubahan laman padanan "Venice Film Festival" - Indonesia menggunakan "Venesia", bukan "Venizia". "Venezia" hanyalah nama lokal tempat itu dalam bahasa Itali.

--Anumengelamun (bincang) 14:25, 9 Oktober 2019 (UTC)

@Anumengelamun: Mari kita jawab satu persatu:
  1. bukankan sudah lazim di sini tatacara memakai nama tempat di negara Itali dalam bahasa Itali?
    • Bahasa Melayu digunapakai meluas di Malaysia. Betul nama bahasa ini "Bahasa Melayu", tetapi Melayu Malaysia standard adalah lebih tepat bagi wiki ini. Banjar juga ada di Malaysia, tetapi sudah ada wiki khas untuk mereka. Melayu Indonesia juga ada wiki khas, iaitu Wikipedia Bahasa Indonesia. Kami lebih suka menggunakan perkataan yang sudah "trending", dikenali lebih ramai orang berbanding apa yang anda pernah utarakan terdahulu yang mungkin hanya trending di Indonesia dengan perbezaan transliterasi sahaja, seperti Venezia. Saya agak terkejut, mana pula negara Venezia ni? Setelah ditekan pautan rupa-rupanya negara Venice.
    • Nampak tak di situ? Kekeliruan boleh berlaku kerana "trending" tersasar. Anda kena faham setiap istilah yang digunakan mesti trending di tempat tinggal (iaitu Malaysia) yang menggunakan bahasa tersebut.
  2. saya personally tidak setuju alasan "rasmi dipakai DBP" dalam sesetengah contoh kerana seolah-olah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peka mengenai kepelbagaian bahasa dan budaya dunia serta terlalu Anglo-sentrik - saya mahu hubungi mereka pada hal ini jika mahu
    • Siapa kita nak mempertikaikan piawai yang sudah ditetapkan mereka. Andai awak pakar bahasa, sila kemukan setiap persoalan disana. Jika ada perkataan yang tidak wujud dalam PRPM dan DBP, mereka menggalakkan transliterasi. Tetapi ada perkataan seperti beberapa nama negara yang dikekalkan dari bahasa asal mereka atau sudah diubah dan diguna luas oleh Bahasa Inggeris. Jadi Bahasa Melayu Malaysia menggunakan sahaja apa yang sudah dihidangkan tanpa perlu memikir transliterasi dari bahasa lain-lain.
    • SEMUA perkataan dan makna di dalam PRPM dan DBP hanya terpakai di Malaysia dan Brunei. tetapi lebih utama di Malaysia. Walaupon ada perkataan bahasa Indonesia dalam MABBIM, tetapi perlu diingati, itu hanyalah perkataan dan setiap perkataannya kadang-kadang membawa maksud lain walaupun ada makna dalam Bahasa Melayu.
      • Contohnya, "butuh", ikut dalam kamus DBP, memang bermaksud "memerlukan" seperti makna dalam Kamus Indonesia. Tetapi dalam norma kehidupan Malaysia, "butuh" bermaksud "alat sulit lelaki" atau "penis", dan sering digunakan untuk menyindir dan mengejek.
    • Saya menghormati setiap transliterasi yang anda lakukan, tapi anda perlu ingat, Bahasa Melayu Malaysia/Brunei ini digunakan meluas berbanding Melayu Indonesia seperti anda gunakan. Piawaian yang dilakukan juga atas dasar "trending" jika ada, melainkan bahasa sains, fizik, metematik atau apa-apa bidang yang spesifik dan sudah mempunyai terjemahan mereka sendiri. Seperti segi enam sedangkan heksagon adalah perkataan yang lebih dikenali pelajar sekolah di Malaysia dan Brunei, Lynching pula, penghakiman khalayak memang terjemahan yang sesuai, tetapi lebih elok menggunakan istilah dalam bidang sosiologi. Walaupon perkataan "lincing" itu sendiri tidak dikenali, tetapi itu sudah menjadi piawai perkataan yang digunakan mungkin dalam mahkamah.
  3. Lagipun, semestinya ada orang mahu membaca topik mengenai Itali akan menjangka semua latar tempat dan masa tepat dan sebahasa - sudah pasti ada orang membaca topik berkaitan Jerman, Perancis atau Sepanyol merasa janggal menjadi jelek melihat perkataan bahasa Inggeris di dalamnya
    • Yang merasakan jelek itu hanyalah anda. Kami sudah biasa menggunakan perkataan Inggeris untuk nama negara jika perlu. Kami tidak pernah biasa berbahasa selain Arab, Sanskrit dan Inggeris. Lagi satu "jelek" dalam Bahasa Melayu bermaksud "amat kotor dan jijik", bukannya berkmaksud "tidak sedap mata memandang"; dan perkataan "jelek" sendiri sudah lama tidak dipakai dalam penulisan Bahasa Melayu.
  4. Kalau ada yang tidak berapa fahampun, kata padanan dalam bahasa Inggeris serta penerangan maksudnya dalam bahasa Melayu mesti ada disertakan untuk memudahkan pemahaman dan pencarian bacaan lanjut.
    • Berbalik kepada lincing, dalam kamus tidak menyatakan maksud penuh perkataan ini, melainkan rencana yang anda telah cipta. Betul nama penghakiman khalayak adalah sesuai, tetapi bidang sosiologi mengatakan sebaliknya pula. Saya lebih suka menggunakan perkataan piawaian jika wujud berbanding mencipta istilah sendiri yang mungkin membawa maksud lain. Saya bukan pakar bahasa.
  5. P.S: Pada susur sejarah perubahan laman padanan "Venice Film Festival" - Indonesia menggunakan "Venesia", bukan "Venizia". "Venezia" hanyalah nama lokal tempat itu dalam bahasa Itali.
  6. Betul dalam bahasa Itali dan Indonesia ada perbezaan penggunaan huruf untuk transliterasinya. Maafkan saya atas kekeliruan itu. Tetapi kami di Malaysia lebih mengenali Venezia sebagai Venice. Seperti juga yang dilakukan di Indonesia yang mengenali Venice sebagai Venesia.
Izinkan saya melanjutkan perbincangan ini satu demi satu, saudara...sebahagian kandungan diulang daripada perbincangan di laman Discord sana (Kenapa menyunting secara awanama? Ia tindakan yang penakut! Saya betul-betul sangka ia dari SNN tadi...) :Melayu Indonesia juga ada wiki khas, iaitu Wikipedia Bahasa IndonesiaSaya sendiri pernah bersemuka dengan pembaca Wikipedia Bahasa Melayu dari Indonesia (di Sumatera dan Riau khususnya), mereka membezakan khusus antara bahasa Indonesia diterima rasmi sana dengan "bahasa Melayu" dipakai dalam lingkungan mereka. Marahkan sahaja para pembaca tersebut yang terpilih membaca Wikipedia Bahasa Melayu kerana kebiasaan mereka memakai nama "bahasa Melayu" jika kalian mahu, saya hanya memenuhi kehendak mereka. Begitu juga dengan kebarangkalian ada pembaca dari Singapura dan Brunei...Siapa kita nak mempertikaikan piawai yang sudah ditetapkan mereka. Andai awak pakar bahasa, sila kemukan setiap persoalan disana.Saya tidak mahu menolak secara langsung, cuma saya hanya menyoalkan sama ada bahasawan sana arif budaya dan bahasa dalam masyarakat asal topik yang digambarkan sampai mereka mengubah dan memutuskan peristilahan terkini mengikut penemuan dan pengetahuan semasa. Ini bukanlah perkara baharu: misalnya haiwan bernama fox - dulu dipakai nama "musang" tapi sekarang ini diberi nama "rubah". Saya berani kata bahasawan di Indonesia lagi celik budaya pasal hal ini berbanding bahasawan Malaysia yang buta-buta ikut telunjuk dan sudut pandang terbatas penutur Inggeris - sudahlah penutur bahasa Inggeris mengeja tidak seperti yang disebut... (habis, Venice disebut secara baku atau dijawikan jadi [venɪt͡ʃe] / ۏينيچي? Kalau kita mahu segerak antara ejaan dan sebutan (sepertimana yang lazim dalam bahasa Melayu) maka jadi "Venis" (ۏينيس)? Venezia (ۏينيزيا) saya fikir lebih menghormati lokasi dan bahasa lazim setempat sana....jadi, ya, saudara saya memang mahu kemukan persoalan sebegini.)Yang merasakan jelek itu hanyalah anda. Kami sudah biasa menggunakan perkataan Inggeris untuk nama negara jika perlu."hanyalah anda"? Siapa "kami" itu? Apakah saudara mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka juga? (Sudahlah kamu menyunting dalam sembunyi kata-kata saya yang jelas menandacondongkan istilah asing...puisi bebas pun saudara padamkan sebab nahu tidak "betul" kah?)Ikhlas saya tanya, apakah sudah ada sumber akademik (bukan dari akhbar - akhbar sendiri ada ralat mereka sendiri, misalnya tidak cakna menggunakan bahasa istana dalam konteks membincangan ketua diraja negara asing...) sah yang mengutamakan ada merasmikan penamaan sedemikian?Saudara boleh baca sahaja perbincangan saya dengan SNN di laman Discord untuk faham mengapa pendekatan saya begini...--Anumengelamun (bincang) 04:25, 10 Oktober 2019 (UTC)

Saya galakkan bahasa yang anda gunakan, sila gunakannya hanya di Wikipedia Bahasa Indonesia. Maaf jika ini menyebabkan anda tersinggung, tetapi anda perlu faham, nama bahasa kita sama, tetapi tatacara dan tatabahasa kita berbeza. Jadi boleh anda hormati fahaman kami di sini sangat jauh berbeza dengan di sana walaupun kedua-dua bahasa yang kita gunakan ada inti pati "Melayu"? Jika Indonesia boleh menjadikan wiki mereka difahami khas untuk penduduk Indonesia, mengapa kami tidak boleh mengikut apa yang kami sudah tahu dan faham? SNN95 Talk to me, beybeh! 16:10, 9 Oktober 2019 (UTC)

sila gunakannya hanya di Wikipedia Bahasa Indonesia.Kalau tidak kerana laman ini pakai nama "Bahasa Melayu", saya tidak akan melakukan sedemikian...penamaan "bahasa Melayu" menarik perhatian orang Riau dan Sumatera serta Singapura yang cenderung pakai laman ini. Saya sendiri pernah bersemuka dengan pembaca dari Indonesia sendiri yang mengeluh apa yang dikatakan Malaysia-sentrisme...tak sangka memeningkan kepala dan memadam semangat bila dapat tahu permasalahan begini... --Anumengelamun (bincang) 04:25, 10 Oktober 2019 (UTC)

Rujukan

WikiPedia: Perbincangan_pengguna:SNN95 http://ms.fairytail.wikia.com https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/wiki/Special:Translate/m... https://meta.m.wikimedia.org/wiki/Steward_requests...